3 JAN : Syarikat konsesi Lebuhraya Pantai Timut, ANIH Berhad (ANIH) dalam kenyataan hari ini berkata, LPT Fasa 1 di Kilometer 198 antara persimpangan bertingkat Gambang dan Sri Jaya, telah ditutup kepada semua kenderaan akibat limpahan air sungai sejak jam 8.40 pagi tadi.
ANIH berkata, penutupan itu berikutan kawasan terbabit sepanjang satu kilometer dinaiki air sedalam kira-kira 0.6 meter.
Justeru, pengguna yang mahu ke Kuala Lumpur atau Kuantan diminta menangguhkan perjalanan sementara lebuhraya tersebut dibuka semula nanti.
Menurut kenyataan itu lagi, pengguna dinasihatkan mengikuti status dan perkembangan perkara ini menerusi saluran rasmi ANIH iaitu Twitter @LPTTrafik dan Facebook @Lebuhraya Pantai Timur untuk mengetahui status terkini keadaan trafik dan lebuh raya.