JAN 4 : Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan, semalam, kata setiausaha politik beliau, Arlinsia Agang dalam satu kenyataan hari ini.
Arlinsia berkata, timbalan ketua menteri Sabah itu kini sedang dirawat di Hsopital Queen Elizabeth dan berada dalam keadaan stabil.
“Beliau menjalani ujian saringan COVID-19 pada Ahad dan keputusannya menunjukkan beliau positif dijangkiti virus berkenaan.
“Beliau kini menjalani rawatan di HQE tetapi keadaannya adalah stabil,” katanya.
Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) itu bagaimanapun menurut Arlinsia, masih menjalankan tugas secara persidangan video dan aplikasi digital lain.
“Datuk Jeffrey Kitingan memaklumkan dirinya dalam keadaan baik dan meminta semua bertenang serta berdoa agar Sabah dapat bebas daripada COVID-19,” ujarnya.