4 JAN : Permohonan melanjutkan tempoh bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggu Nasional (PTPT) berikutan pandemik Convid-19 akan dibuka bermula esok sehingga 31 Mac ini.
Menurut Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid, bagi permohonan ini tiada sebarang dokumen sokongan yang diperlu.
“Peminjam yang layak adalah mereka yang kehilangan pendapatan seperti diberhentikan kerja dan terjejas pendapatan iaitu pendapatan berkurangan.
“Kelulusan penangguhan akan dimaklumkan kepada peminjam melalui e-mel yang dikemukakan dalam tempoh tiga hari bekerja dari tarikh peminjam mengemukakan permohonan.
“Justeru, peminjam diingatkan mengemaskini maklumat perhubungan dan terkini bagi memastikan maklumat berkenaan kelulusan permohonan perlanjutan disampaikan kepada mereka,” jekasnya menerusi satu kenyataan hari ini.
Peminjam yang mahu membuat permohonan lanjutan boleh dilakukan melalui portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my/PelanjutanBayaranBalikCovid19.
Sebarang pertanyaan dan maklumat boleh hubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000 yang beroperasi Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 5 petang atau melayari portal rasmi www.ptptn.gov.my di ruangan soalan lazim.