4 JAN : Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi berkata, Pergerakan Pemuda UMNO sejak dari awal lagi konsisten menegaskan menolak sebarang kerjasama dengan parti Dap.
Justeru, kata beliau, soal kerjasama dengan parti tersebut adalah langsung tidak relevan untuk dibangkitkan atau bincangkan di dalam mesyuarat Majis Kerja Tertinggi UMNO mahupun Perhimpunan Agong UMNO.
“Hari ini tular poster yang diedit menggunakan logo portal berita Sinar Harian dan MalaysiaGazette kononnya saya menyokong kerjasama dengan DAP. Hakikatnya UMNO sehingga hari tidak ada rekod bekerjasama dengan DAP, bahkan tiada langsung hasrat ke arah itu,” ujarnya.
Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan yang dimuat naik melalui facebook rasminya.
Katanya lagi, 191 Bahagian UMNO yang selesai bersidang kelmarin, termasuk Pemuda UMNO di seluruh Malaysia, tidak ada satu pun yang mengusulkan atau membincangkan soal keperluan untuk bekerjasama dengan DAP.
“Hakikatnya UMNO sehingga hari tidak ada rekod bekerjasama dengan DAP bahkan tiada langsung hasrat ke arah itu dan Pergerakan Pemuda UMNO secara konsisten menolak sebarang kerjasama dengan parti cauvinis seperti Dap itu,” .
“Mana mungkin UMNO akan bekerjasama dengan parti Dap adalah cauvinis yang tidak mahu mengiktiraf Islam sebagai Agama Persekutuan, kedudukan Raja-Raja Melayu dan keistimewaan Melayu-Bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan,” tegasnya.