nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Agong pandu sendiri ziarah mangsa banjir Maran

5 JAN: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli mengadakan lawatan mengejut ke Maran bagi melawat mangsa-mangsa banjir di daerah tersebut, hari ini.

Seperti yang dinyatakan dalam Facebook Istana Negara, Seri Paduka memandu sendiri ke Maran sambil diiringi Raja Permaisuri Agong bagi mengurniakan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan sementara sekitar Maran.

“Dalam perjalanan menuju ke Maran Pahang untuk menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkesempatan berhenti menuruni kenderaan rasmi baginda untuk menyampaikan sumbangan kepada pemandu-pemandu lori yang terkandas akibat kenaikan air banjir di Plaza Tol Karak, lebuh raya Pantai Timur (LPT), ” katanya.

Turut berangkat, Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

Agong
Kenderaan yang dipandu Seri Paduka meredah air banjir.

Dalam kenyataan berasingan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al-Sultan Abdullah menzahirkan simpati kepada mangsa banjir di beberapa negeri, berikutan hujan lebat berterusan sejak Sabtu lalu.

Beliau memberitahu, Seri Paduka turut menzahirkan harapan agar mangsa banjir khususnya di Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor, Perak dan Selangor tabah mengharungi dugaan dan musibah.

“Baginda juga menasihatkan rakyat, khususnya di kawasan rendah untuk sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri dan keluarga serta bersedia berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dengan segera jika diarahkan pihak berkuasa,” jelasnya.

Sementara itu, Al-Sultan Abdullah menasihati semua mangsa di pusat pemindahan banjir agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mengekang penularan Covid-19 bagi mengelakkan wabak tersebut merebak di pusat pemindahan.

“Saya nak menasihatkan, walaupun keadaan kita susah (banjir), ini adalah dugaan dan saya bimbang kalau kita tidak patuh SOP mungkin akan jadi bebanan (jika berlaku penularan) kepada kita semua.

“Dalam keadaan banjir ini, khususnya di pusat pemindahan, semua harus patuhi SOP. Saya doakan keadaan di sini terus pulih,” titah baginda.

Ahmad Fadil berkata, baginda juga menzahirkan keprihatinan terhadap mangsa banjir dan meminta pihak berkuasa berkaitan khususnya Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), supaya terus menghulurkan segala bantuan yang diperlukan bagi membantu mangsa banjir.

Setakat 12 tengah hari tadi, sebanyak 252 PPS dibuka di seluruh Pahang melibatkan 18,579 mangsa daripada 4,814 keluarga.– Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.