nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Nilai ekport sawit Malaysia 2020 lebih RM70 bilion

5 JAN: Nilai eksport produk sawit dan minyak sawit Malaysia tahun lalu dijangka melebihi RM70 bilion sekali gus mengatasi nilai RM67.5 bilion yang dicatatkan pada 2019.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pencapaian tersebut amat bermakna bagi sektor itu dengan mengambil kira pelbagai cabaran yang dihadapi sepanjang tahun berkenaan.

Beliau memberitahu, prestasi sektor itu bukan sahaja memanfaatkan negara melalui pendapatan eksport yang tinggi, malah turut memberi kebaikan kepada para pekebun kecil.

“Saya mesti mengucapkan tahniah kepada pengeluar minyak sawit khususnya pekebun kecil berikutan ketabahan dan daya tahan mereka dalam mempertahankan industri ini di sebalik unjuran yang suram.

“Menyedari kepentingan industri ini, kerajaan telah mempercepatkan pelaksanaan dasar untuk menangani isu-isu yang mungkin memberi impak kepada pembangunan industri yang penting ini,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Pameran Perdagangan Minyak Sawit Malaysia dan Seminar Digital 2021 (POTS Digital 2021) hari ini.

Program empat hari bermula hari ini yang diadakan secara maya itu dianjurkan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), bertemakan Minyak Sawit Malaysia – Melangkah Ke Hadapan Dalam Norma Baharu.

Mohd Khairuddin menambah, 2020 dimulakan dengan sentimen yang optimis, namun impak dan sejauh mana berlakunya pandemik global ini sama sekali tidak dijangka, menyebabkan hampir semua aktiviti sosio-ekonomi terhenti di seluruh dunia.

Bagi mengelakkan gangguan permintaan terhadap minyak sawit, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai insentif seperti penangguhan duti eksport minyak sawit mentah (MSM) sejak Jun 2020 yang membantu meningkatkan eksport minyak sawit mulai Jun dan tempoh berikutnya.

“Saya yakin Malaysia bukan sahaja akan pulih daripada cabaran ini, malah akan menjadi lebih kuat berbanding sebelum ini,” katanya.

Menurut beliau, Malaysia juga amat menitikberatkan kepentingan alam sekitar dan menyelar kritikan tidak berasas membabitkan komoditi tersebut yang turut menjejaskan mata pencarian kalangan peladang dan pekebun kecil.

“Dakwaan kononnya penanaman sawit menyebabkan kemusnahan hutan hujan dunia yang amat berharga serta kepupusan hidupan liar sepenuhnya adalah tidak benar kerana Malaysia mempunyai lebih 60 undang-undang dan peraturan meliputi aspek perlindungan hidupan liar dan alam sekitar, kesihatan, keselamatan dan kebajikan pekerja serta kawalan pencemaran,” jelasnya.

Mengenai POTS Digital 2021, beliau berkata program itu tidak hanya mengetengahkan isu berkaitan pasaran, tetapi turut menyentuh soal pembangunan hijau dan mampan, kebimbangan mengenai kesihatan serta pandangan daripada kalangan pemimpin industri global.

Acara secara digital itu akan menyaksikan pembentangan 27 kertas kerja meliputi topik-topik industri minyak sawit seperti cabaran pasaran, pembangunan dan kemampanan, aplikasi inovatif dalam industri, aspek pemakanan dan pemakanan serta kemas kini pasaran dan unjuran harga.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.