5 JAN: Tentera rejim Zionis Israel bertindak biadab semalam dengen menyerbu sebuah hospital di Tulkarem, utara Tebing Barat awal pagi semalam.
Memetik laporan Palestinian Information Center, mereka melontarkan bom pegun sehingga menyebabkan para pesakit di Hospital Dr Thabet Thabet ketakutan.
Menteri Kesihatan Palestin, Mai Al-Kailah berkata, empat butir bom dilontarkan, sebutir di ruang lobi manakala tiga butir lagi dalam wad kecemasan.
Beliau turut mengecam jenayah yang dilakukan rejim Zionis itu kerana ia melanggar Konvensyen Geneva.
“Ramai pesakit terutamanya kanak-kanak dan warga emas mengalami panik dan terkejut akibat serbuan itu,” katanya.
Mai menjelaskan, tentera rejim Zionis Israel telah menyerang tiga hospital di Palestin dalam masa sebulan.
Selain Hospital Dr Thabet Thabet, mereka turut menyerang Hospital Al-Durra di Gaza dan Kompleks Perubatan Palestin di Ramallah.
Sehubungan itu, beliau menggesa campur tangan masyarakat antarabangsa untuk menghentikan serangan biadab rejim Zionis Israel itu.