8 JAN : Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan Pengarah Perkhidmatan Perubatan Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu, Profesor Madya Kenneth Mak hari ini menerima suntikan pertama dos vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech.
Lee turut berkongsi gambar ketika diberikan suntikan vaksin berkenaan di Hospital Besar Singapura menerusi hantaran di facebook rasminya.
“Kami menerima suntikan vaksin awal untuk menunjukkan kepada rakyat Singapura bahawa kami yakin vaksin berkenaan selamat dan berkesan.
“Saya dan Prof Mak diawasi selama 30 minit selepas suntikan, ia sebagai pemantauan sekiranya berlaku kesan sampingan, seperti reaksi alahan. Sukacita dimaklumkan bahawa kami berdua berasa sihat,” kata Lee lagi.
Mulai hari ini, republik itu telah mula menjalankan pemvaksinan terhadap petugas-petugas kesihatan dari institusi kesihatan awam.
Singapura juga akan memulakan proses vaksinasi kepada golongan warga emas mulai Februari dan seterusnya kepada rakyat warga Singapura serta penduduk jangka panjang.
“Vaksinasi perlu dijalankan secara sukarela, tetapi saya harap apabila tiba giliran anda, anda akan melakukannya.
“Ia percuma dan akan melindungi anda dan keluarga serta dapat memelihara keselamatan semua orang,”
Singapura menerima penghantaran pertama vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 ke ialah pada 21 Dis lepas.
Pada 30 Dis lalu, petugas kesihatan di Pusat Nasional Bagi Penyakit Berjangkit (NCID) republik itu telah memulakan latihan vaksinasi dan menjadi golongan pertama menerima suntikan vaksin.