9 JAN : Sebuah pesawat komersial Sriwijaya Air dipercayai terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Indonesia, setelah dilaporkan hilang dari radar selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju ke Pontianak hari ini.
Menurut jurucakap Kementerian Perhubungan (Pengangkutan) Indonesia, pesawat komersial itu berlepas pada pukul 2.36 petang waktu Indonesia Barat, dan dijadualkan tiba di Pontianak, jam 3.15 jam waktu Indonesia Timur (4.15 waktu Indonesia Barat).
“Kontak terakhir pesawat itu dengan menara kawalan adalah pada jam 2.40 waktu Indonesia Timur, sebelum hilang,” kata jurucakap berkenaan.
Setakat ini, belum diketahui maklumat lengkap berhubung jumlah penumpang dan kru pesawat berkenaan.
Menurut media tempatan, yang memetik penduduk tempatan, mendakwa melihat sebuah pesawat terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta.