9 JAN : Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, memaklumkan dalam satu kenyataan, tiada warga negara Malaysia terbabit dalam nahas Sriwijaya Air, yang dilaporkan terhempas di perairan Kepulauan Seribu di Indonesia.
Menurut kenyataan itu, pesawat jenis Boeing 737-500 yang membawa 62 penumpang termasuk anak kapal itu dilaporkan terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju Pontianak, pukul 2.36 petang waktu Indonesia Barat.
Kontak terakhir pesawat itu dengan menara kawalan adalah pada jam 2.40 petang waktu Indonesia Timur.