10 JAN: Kerajaan Malaysia mengucapkan takziah kepada kerajaan dan rakyat Indonesia atas tragedi yang melibatkan pesawat Sriwijaya Air semalam.
Ucapan itu disampaikan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam laman Facebook beliau, hari ini.
“Malaysia turut berdukacita dan mengucapkan takziah kepada pemerintah, khususnya rakan sejawat Ibu Retno Marsudi, serta rakyat Indonesia atas tragedi yang menimpa pesawat Sriwijaya Air semalam.
“Semoga ahli keluarga dan sahabat handai penumpang serta kru pesawat tabah mendepani ujian berat ini,” katanya.
Pesawat tersebut terhempas ke laut berhampiran Jakarta setelah kira-kira empat minit berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.