10 JAN: Bekalan elektrik terputus awal pagi tadi menyebabkan sebahagian besar Pakistan, termasuk semua bandar utamanya terpaksa bergelap.
Memetik laporan AFP, Menteri Tenaga Pakistan, Omar Ayub Khan berkata, insiden itu berpunca daripada kerosakan di selatan negara itu pada jam 11.41 malam tadi (waktu tempatan).
“Kerosakan itu menjejaskan sistem transmisi seluruh negara dan menyebabkan penutupan loji jana kuasa,” katanya melalui Twitter.
Semua bandar utama Pakistan termasuk Islamabad, Karachi dan Lahore terputus bekalan elektrik.
Kementerian Tenaga Pakistan memberitahu, bekalan elektrik sudah pulih di beberapa lokasi manakala di kawasan-kawasan lain sedang diusahakan awal pagi tadi.
Seperti dilaporkan Netblocks, capaian internet di Pakistan hampir lumpuh dengan kadar 62 peratus daripada tahap biasa.