11 JAN : Berikutan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan akan beroperasi dengan hanya 30 peratus kehadiran bagi kumpulan pengurusan, manakala kumpulan sokongan ditentukan oleh Ketua Jabatan masing-masing.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menjelaskan menerusi satu kenyataan hari ini, perkara tersebut akan dilaksanakan selama 14 hari bermula 13 Januari ini hingga 26 Januari 2021.
“Sepanjang tempoh ini, semua perkhidmatan Kerajaan akan beroperasi dengan kehadiran 30
peratus bagi
“Walau bagaimanapun, sistem penggiliran bekerja dari rumah (BDR) masih diteruskan mengikut keperluan dengan mengambil kira
kebajikan penjawat awam sebagaimana Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam Rujukan JPA.SARAAN(S)256/6/31 JLD.6(6) bertarikh 2 Mei 2020,” ujarnya dalam kenyataan tersebut.
Katanya lagi, SOP PKP, PKPB dan PKPP yang dikeluarkan oleh MKN termasuk semua arahan oleh pihak berkuasa hendaklah dipatuhi sepenuhnya.
“Ketua-ketua Jabatan perlu memastikan semua SOP keselamatan dan kesihatan dipatuhi sepenuhnya seperti melaksanakan saringan suhu
badan, mengamalkan penjarakan sosial, memakai penutup muka dan menyediakan hand sanitizer,” tegasnya.