12 JAN: Haiwan juga tidak terlepas daripada ancaman COVID-19 dan dua ekor gorila di Zoo San Diego, California menjadi mangsa jangkitan virus itu.
Memetik laporan AFP, kedua-dua haiwan berkenaan disahkan positif COVID-19 semalam.
Kes tersebut merupakan penularan semula jadi yang pertama melibatkan gorila.
Menurut Gabenor California, Gavin Newsom, dua haiwan berkenaan dikatakan batuk sejak minggu lalu.
Seekor lagi gorila dilaporkan mula menunjukkan gejala COVID-19.
Jangkitan dipercayai berpunca daripada pekerja zoo yang tidak bergejala, namun perkara itu masih disiasat.
Pengarah Eksekutif Zoo San Diego, Lisa Peterson dalam satu kenyataan berkata, selain sesak nafas dan batuk, kesihatan gorila dalam keadaan baik.
“Mereka dikuarantin bersama selain makan dan minum juga bersama. Kita berharap mereka pulih sepenuhnya,” katanya.
\