12 JAN: Proklamasi Darurat yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diyakini berupaya membantu dalam usaha mengawal peningkatan kes COVID-19.
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, langkah yang dicadangkan kerajaan itu merupakan perkara yang logik.
Pada masa yang sama, beliau menjunjung kasih titah Seri Paduka berhubung penubuhan Jawatankuasa Bebas pelaksanaan darurat.
“Tuanku mahu lantik jawatankuasa kecemasan komuniti terdiri dari mereka (Ahli Parlimen dan pakar) bagi menguruskan kecemasan.
“Perkara itu akan terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan siapa yang sebaiknya bagi melantik ahli-ahli pada jawatankuasa tersebut,” katanya dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.
Mohamed Nazri turut mengumumkan beliau menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN). – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH