nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Demi keselamatan rakyat, hentikan sengketa politik

Oleh: HUSSAINI AMRAN

PENGISYTIHARAN Darurat bagi mengawal penularan COVID-19 yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sehingga 1 Ogos pasti melegakan kerunsingan yang dialami rakyat jelata selama ini.

Ramai yang bimbang apabila jumlah kes positif COVID-19 yang dahulunya terkawal tiba-tiba naik mendadak selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Peningkatan sehingga lebih 2,000 kes sehari menyebabkan rakyat risau tentang keselamatan diri dan keluarga yang terdedah terhadap ancaman pandemik COVID-19.

Walaupun ada suara-suara nakal yang mempertikaikan angka-angka harian yang dibentangkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, hakikatnya penularan virus tersebut adalah sesuatu yang benar dan nyata.

Saban hari, kita mendengar khabar tentang pemimpin dan rakyat biasa yang disahkan positif jangkitan COVID-19.

Dalam perkembangan terbaharu, tiga menteri Kabinet telah disahkan dijangkiti COVID-19.

Mungkin ada ahli keluarga, sanak-saudara dan sahabat handai kita yang juga mengalami situasi serupa.

Melihat kepada keadaan itu, tidak mungkin angka-angka berkaitan COVID-19 yang disiarkan Kementerian Kesiatan setiap hari adalah rekaan semata-mata.

Hakikatnya, Malaysia masih berada dalam cengkaman COVID-19 yang setakat semalam telah meragut 555 nyawa.

Desakan pihak tertentu yang mahu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan lebih awal menyebabkan rakyat bertambah gusar.

Mereka tidak mahu apa yang berlaku selepas PRN Sabah berulang kerana ia berpotensi mengakibatkan gelombang baharu COVID-19 yang lebih dahsyat.

Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Kesihatan telah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) yang sangat ketat semasa PRN Sabah, masih ada yang tidak mematuhinya.

Kesan buruknya masih ditanggung hingga sekarang dan belum ada tanda-tanda menunjukkan ia akan reda dalam masa terdekat.

Ada juga yang mengatakan mengapa kita tak boleh mengadakan pilihan raya sedangkan Amerika Syarikat (AS) boleh sahaja mengadakan pilihan raya Presiden.

Sudah tentu kerajaan Malaysia di bawah Perikatan Nasional (PN) lebih memikirkan tentang keselamatan dan kesihatan rakyat daripada politik.

Apa gunanya menang pilihan raya tetapi rakyat menderita akibat dijangkiti COVID-19 atau kehilangan insan-insan tersayang akibat virus berkenaan?

Apakah ada jaminan keadaan akan menjadi lebih baik selepas PRU-15 diadakan dan kerajaan ditadbir oleh Perdana Menteri yang baharu?

Tiada siapa pun yang dapat memberi jawapan yang pasti tentang kemungkinan yang bakal berlaku.

Sebaik-baiknya ahli-ahli politik yang juga pemimpin-pemimpin masyarakat mengetepikan dahulu segala perbezaan pendapat dan sengketa serta bersama-sama dengan kerajaan dalam usaha memerangi pandemik COVID-19.

Tunjukkanlah jiwa yang besar dalam menjunjung kasih titah Seri Paduka yang mahu COVID-19 dikawal penularannya bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan negara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.