14 JAN: Donald Trump mencatat sejarah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) yang pertama didakwa sebanyak dua kali.
Memetik laporan Xinhua, Dewan Perwakilan AS semalam mengundi untuk mendakwa Trump atas tuduhan menghasut untuk melakukan pemberontakan.
Usul mendakwa Trump itu bukan sahaja disokong oleh Ahli-ahli Kongres Demokrat, malah turut dipersetujui oleh 10 Ahli Kongres dari partinya sendiri, Republikan.
Situasi tersebut jelas berbeza pada kali terakhir Dewan Perwakilan AS mengundi untuk mendakwa Trump pada Disember 2019.
Ketika itu, tiada seorang pun wakil Republikan yang menyokong.
Keputusan undi semalam menyaksikan 232 Ahli Kongress menyokong manakala 197 lagi tidak bersetuju.
“Usul diterima. Tanpa bantahan, usul dipertimbangkan semula,” kata Yang Dipertua Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi.
Terdahulu, beliau berkata, Trump didakwa menghasut pemberontakan yang dilakukan oleh oleh penyokong-penyokongnya terhadap AS.
“Beliau mesti berundur. Beliau boleh membahayakan negara yang kita semua cintai,” tegasnya.
Pejabat Nancy di bangunan Capitol turut menjadi sasaran vandalisme penyokong-penyokong Trump minggu lalu.
Seramai lima orang dilaporkan terbunuh dalam insiden yang memalukan AS itu.