14 JAN : Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus mengumumkan lima masjid di daerah Kuala Terengganu ditutup selama tiga hari bermula hari ini hingga 16 Jan, bagi membolehkan proses nyahkuman dijalankan untuk mencegah penularan Covid-19.
Menurut beliau, penutupan kelima-lima masjid tersebut adalah susulan terdapatnya kes positif Covid-19 dari Madrasatul Quran Kubang Bujuk yang dikesan menunaikan solat di lima masjid berkenaan.
Lima masjid yang ditutup ialah Masjid Baru Serada, Masjid Banggol Katong, Masjid Al-Hidayah Banggol Mempelam, Masjid Beladau Selat dan Masjid Al Muttaqin Kepong, ujarnya menerusi satu kenyataan hari ini.
Penutupan dilakukan di bawah Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), ujarnya menerusi katanya dalam kenyataan hari ini.