nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Banjir di tiga negeri semakin pulih

16 JAN :Jumlah mangsa banjir di Pahang, Sabah dan Sarawak semakin pulih apabila angka mangsa banjir di ketiga-tiga negeri tersebut semakin menurun, namun jumlah mangsa banjir di Johor masih kekal sejak semalam.

Jumlah mangsa banjir di Johor masih kekal 93 orang melibatkan 23 keluarga di dua PPS, masing-masing di Segamat dan Batu Pahat, setakat 8 pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R. Vidyananthan berkata 76 orang daripada 20 keluarga merupakan penduduk Kampung Seberang Batu Badak, Segamat manakala 17 orang melibatkan tiga keluarga yang merupakan penduduk Kampung Talang Bunut, Batu Pahat.

Mangsa banjir di Segamat ditempatkan di PPS Sekolah Agama Gemereh manakala di Batu Pahat ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Seri Bunut.

Jumlah mangsa banjir di Pahang pula pada pagi ini ialah seramai 5,913 orang daripada 1,632 keluarga yang masih berada di 77 PPS.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan Pekan masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,928 orang diikuti Maran (1,487 orang), Kuantan (849 orang), Temerloh (392 orang) dan Bera (257 orang).

Sementara itu, portal infobanjir.water.gov.my melaporkan selepas lebih seminggu berada pada paras bahaya, Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran akhirnya turun ke paras amaran pagi ini dan Serambi di Pekan kini merupakan satu-satunya lokasi di sungai itu yang masih berada pada paras bahaya.

Turut mencatat paras bahaya ialah Sungai Jelai di Lipis yang mula merekodkan bacaan demikian sejak banjir mula melanda Pahang pada 3 Jan lepas.

Negeri Sabah pula mencatatkan penurunan apabila jumlah mangsa banjir setakat 8 pagi ini berkurangan kepada 183 orang daripada 51 keluarga, berbanding 313 orang daripada 84 keluarga, petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah menerusi kenyataan memberitahu semua mangsa banjir itu ditempatkan di lima pusat PPS di tiga daerah negeri ini iaitu Pitas (dua), Beaufort (satu) dan Paitan (dua).

“Dua PPS ditutup pagi ini iaitu Dewan Kolej Vokasional Pertanian, satu-satunya PPS di Lahad Datu, manakala satu lagi Sekolah Kebangsaan Salimpodon di daerah Pitas.

“Sebanyak 120 kampung masih terjejas dan pihak berkaitan sedang memantau keadaan paras air di semua kawasan. Keadaan cuaca masih pada tahap waspada dengan ramalan ribut petir pada pagi dan petang manakala hujan pada sebelah malam di beberapa tempat,” kata sekretariat itu.

Di Sarawaj, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan sedikit kepada 4,247 orang pagi ini berbanding 4,343 orang, malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam laporan terbaharunya memaklumkan sebanyak 51 PPS masih beroperasi di enam daerah yang dilanda banjir sejak Rabu lepas.

Bahagian Kuching masih mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi dengan 2,853 orang di 33 PPS, diikuti Serian (1,068 orang di 10 PPS), Samarahan (319 orang di tujuh PPS) dan Miri (tujuh orang di satu PPS).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.