16 JAN : Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Salleh Abas meninggal dunia pada usia 91 tahun hari ini.
Beliau dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah pada pukul 3.20 pagi ini.
Semalam, Tun Salleh Abas yang juga merupakan Pengerusi as Salihin Trustee Berhad disahkan positif Covid-19 menerusi satu kenyataan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut, Abdul Aziz Peru.
Mohamed Salleh yang berasal dari Kampung Raja, Besut pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Jertih daripada Pas apabila memenangi Pilihan Raya Umum ke-10 pada tahun 1999
Allahyarham juga merupakan Ketua Hakim Negara pada tahun 1984 sehingga 1988.