17 JAN: Mesej yang tular dalam media sosial kononnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikuatkuasakan di Kedah mulai esok hingga 31 Januari adalah tidak benar.
Perkara itu disahkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sekali gus menafikan maklumat palsu dalam mesej tersebut.
Penafian dibuat dalam makluman berita palsu yang dikeluarkan oleh Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia, malam tadi.
MKN juga menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih sehingga menimbulkan kekeliruan dan kegusaran awam.