18 JAN: Seramai 96 mangsa dilaporkan terkorban akibat bencana gempa bumi dan banjir besar yang melanda bahagian tengah Indonesia.
Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan Indonesia berkata, kira-kira 70,000 penduduk pula terpaksa berpindah dari rumah masing-masing.
Gempa bumi dengan kekuatan 6.2 skala Richter yang melanda Sulawesi Barat pada Khamis dan Jumaat lalu mengakibatkan 80 mangsa terbunuh.
Selain itu, banjir besar di Kalimantan Selatan menyebabkan 15 mangsa maut.
Sejumlah 1,150 rumah dan lima buah sekolah musnah dalam kejadian gempa bumi.
Agensi berkenaan juga sedang melakukan penilaian risiko gempa bumi di kawasan terbabit.
Pada masa yang sama, Hospital Besar Majumu Sulawesi Barat berdepan masalah kemasukan pesakit yang mendadak.
Ramai dalam kalangan mereka memerlukan pembedahan namun bekalan ubat dan sumber di hospital itu adalah terhad.