18 JAN: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan Pakej Bantuan Khas secara langsung pada jam 4 petang ini.
Perkara itu dimaklumkan dalam laman Facebook beliau sebentar tadi.
Orang ramai boleh menyaksikan siaran langsung pengumuman tersebut melalui saluran RTM, Bernama TV, Astro Awani dan TV3.
Sudah tentu ramai yang ternanti-nanti pengumuman itu setelah kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri.