19 JAN : Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said disahkan positif COVID-19, hari ini menerusi satu kenyataan di dalam facebook UMNO Kemaman.
Selain Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, isteri beliau turut terkena jangkitan virus tersebut.
Beliau yang dihubungi mengesahkan kini sedang dirawat di wad pesakit COVID-19, di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.
Difahamkan beliau dan isteri menjalani ujian saringan Sabtu lalu, selepas sehari pulang dari Kuantan dan hasilnya ujian itu didapati positif jangkitan COvid-19.