20 JAN : Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengesan 16 lagi kluster baharu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 685 kluster dan darpada jumlah tersebut, sebanyak 367 kluster telah tamat termasuk tiga kluster hari ini iaitu Kluster Jalan Domis, Kluster Tinusa, dan Kluster Delima
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 84 kluster melaporkan pertambahan kes baharu di mana tiga kluster, iaitu Kluster Tapak Bina Muda (237 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Zuhrah (175 kes), dan Kluster Pasai (139 kes) melaporkan kes tertinggi.
Berikut adalah senarai kluster-kluster baharu yang dikesan KKM pada hari ini yang melibatkan kluster tempat kerja dan komuniti :
1.Bestari Rantau (Selangor- Tempat Kerja)
2. Jalan KKIP Selatan (Sabah-Tempat Kerja)
3. Tapak Bina Jalan Abdul Aziz (Selangor -Tempat Kerja)
4. Tapak Bina Jalan Digital (Johor, Terengganu -Tempat Kerja)
5. Tampoi Lima (Johor- Tempat Kerja)
6. Jalan Seroja (Johor -Tempat Kerja)
7. Persiaran Tasek (Perak – Tempat Kerja)
8. Jalan Usaha (Melaka- Tempat Kerja)
9. Sungai Ibor (Negeri Sembilan -Tempat Kerja)
10. Tapak Bina Bukit Sebukor (Melaka -Tempat Kerja)
11. Jalan Sejahtera (Kuala Lumpur -Tempat Kerja)
12. Batu Enam (Perak – Komuniti)
13. Bukit Gelugor (Pahang – Komuniti)
14. Jalan Niaga (Johor – Komuniti)
15. Kampung Balibata (Sabah- Komuniti)
16. Sawmill Luit (Pahang – Komuniti)