20 JAN : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) mengumumkan menerusi satu kenyataan pejabat satelit Lembaga di Cyberjaya ditutup sementara mulai hari ini hingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak, bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan.
LHDN dalam kenyataan itu berkata, orang ramai boleh melakukan urusan percukaian secara dalam talian.
Bagi sebarang pertanyaan serta maklum balas, orang ramai boleh menghubungi LHDN menerusi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara), HASiL Live Chat atau borang maklum balas di portal rasmi LHDNM di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.