21 JAN : Gempa bumi kuat bermagnitud 7.0 pada skala Richter dilaporkan menggegar Kepulauan Talaud, Indonesia pada jam 8.23 malam waktu Malaysia, hari ini.
Berita Yang Berkaitan
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi MetMalaysia, gempa itu dikesan pada kedudukan 143 kilometer timur laut dari Pulau Talaud, Indonesia dengan kedalaman 133 kilometer.
Bagaimanapun, gempa itu tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia.