nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PR1MA rancang perkampungan persaraan buat warga emas

22 Jan : Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata, Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) kini sedang merangka dasar yang menumpukan kepada keperluan dan menangani semua elemen asas yang diperlukan warga emas supaya mereka dapat hidup dalam persekitaran harmoni dengan kemudahan kesihatan mencukupi.

Menurut beliau, PR1MA akan menghasilkan konsep model dan bekerjasama dengan rakan strategik untuk membangunkan beberapa perkampungan persaraan di tanah milik mereka, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

“Pembangunan perkampungan persaraan adalah model perniagaan baharu yang diguna pakai PR1MA dengan menyediakan infrastruktur yang lengkap dan canggih untuk warga emas.

“Cadangan perkampungan persaraan itu dijangka siap menjelang 2023 dan tumpuan adalah terhadap konsep kediaman bertanah dan bertingkat rendah.

“Setakat ini, sudah ada beberapa pihak yang berminat dan mereka akan mengemukakan cadangan. Kami akan melihat model dan konsep perniagaan dan akan bekerjasama dengan mereka,” jelasnya ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Penuaan Penduduk Malaysia secara maya, hari ini.

Zuraidah Kamaruddin

Kata Zuraidah lagi, buat masa ini beberapa lokasi strategik dikenal pasti iaitu di Pulau Pinang dan Melaka susulan persekitaran yang tenang.

“Adalah penting untuk mempunyai perkampungan persaraan kerana apabila usia seseorang itu bertambah, mereka mencari konsep kehidupan yang berbeza iaitu ingin berada bersama kumpulan rakan sebaya untuk berkongsi idea, pengetahuan serta bersosial.

“Mereka harus tinggal bersama sebagai satu komuniti supaya mereka lebih produktif. Usia tua dan kesihatan yang sihat dapat memberi peluang untuk mereka berinteraksi dengan rakan sebaya serta melakukan aktiviti dengan rentak tersendiri,” ujarnya.

Berhubung kos tinggal di perkampungan tersebut, Zuraida berkata harga sewaan adalah berpatutan iaitu antara RM400 hingga RM600 sebulan bergantung kepada kemudahan dan penjagaan yang diperlukan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.