nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Guna dana RMT, BMA beli peranti elektronik-GPMS

23 JAN: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyusun semula beberapa peruntukan yang tidak digunakan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Presidennya, Mohd Alif Anas Md Noor berkata langkah itu sejajar dengan polemik isu Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) yang sedang hangat diperkatakan rakyat lebih-lebih lagi setelah mengambil kira kesan pelaksanaan PKP dan darurat politik baru-baru ini. 

Menurut beliau, sebagai contoh peruntukan boleh digunakan dengan mengambil perbelanjaan untuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Bantuan Makanan Asrama (BMA).

“Jumlah peruntukan RMT dan BMA bagi tahun 2020 adalah sebanyak RM 1,721,304,900. Andaian sekolah hanya beroperasi selama tujuh bulan rentetan PKP bermakna sebanyak RM1,004,094,525 telah dibelanjakan dan masih berbaki RM717,210,375.

“Peruntukan bagi tahun 2021 bagi kedua program juga mencecah RM1,813,606,400 iaitu kenaikkan sebanyak RM92,301,500 atau lima peratus.

“Sekiranya dana ini digunapakai bagi tujuan perolehan peranti elektronik, nescaya hampir semua pelajar dari keluarga berpendapatan rendah bakal menerima manfaat,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Justeru, Mohd Alif memberitahu peruntukan yang tidak digunakan itu boleh dimanfaatkan untuk membeli peranti elektronik kepada pelajar yang layak.

“GPMS berpendapat cadangan-cadangan ini adalah baik dan wajar dipertimbangkan secara serius oleh pihak berkepentingan khususnya kerajaan Malaysia melalui KPM dan KKMM walaupun ianya mengambil masa dari segi usaha pengenalpastian pelajar yang benar-benar layak, kekangan dasar dan polisi serta sumber kewangan yang terhad.

“Pun begitu, GPMS ingin menarik perhatian berkenaan kesiapsagaan pihak KPM dari segi penyediaan peranti elektronik kepada para pelajar yang memerlukan,” katanya. 

Sementara itu, beliau berkata GPMS menyeru agar keutamaan diberikan dalam menyusun semula peruntukan KPM ke arah pemberian peranti yang boleh digunakan bagi tujuan PdPR meskipun sedar bahawa kerajaan telahpun membuat penjajaran semula peruntukan demi menampung pelan bantuan kepada rakyat seperti PENJANA dan PERMAI. 

Tambah beliau, perkara itu dibangkitkan atas dasar tanggungjawab GPMS dan kegusaran terhadap situasi yang memungkinkan wujud para pelajar yang tercicir kerana kepayahan hidup khususnya anak-anak Melayu seterusnya menimbulkan kesenjangan pendidikan di kalangan golongan berada dan yang kurang berada.

“GPMS menuntut agar perkara ini diambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya.

“Sekiranya ada peruntukan KPM yang boleh disusun semula bersama MOF, GPMS memohon agar ianya digunakan bagi penyediaan peranti elektronik kepada para pelajar yang layak,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.