25 JAN: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba hari ini berkongsi maklumat berhubung seorang pembantu di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani yang cedera selepas terlibat dalam kemalangan motorsikal hari ini di Jambatan Kuala Lesung, Kuala Ketil.
Dr Adham berkata, kemalangan itu berlaku apabila motorsikal yang ditunggangi pegawai perubatan tersebut, Mohd Asri Jamil, merempuh pengadang batu di jambatan berkenaan.
“Mohd Asri yang dalam perjalanan dari arah Felda Teloi Kanan menghala ke arah Sungai Petani telah mengalami kecederaan dilututnya dalam kemalangan tersebut.
“Beliau telah selamat menjalani pembedahan dan sedang dirawat di hospital. Pihak pejabat Menteri Kesihatan telah menziarahi Mohd Asri, saya dan seluruh warga KKM mendoakan kesihatan dan kesembuhan yang sempurna buat En Mohd Asri,” katanya.
Dr Adham juga memberi kata-kata semangat kepada barisan hadapan KKM dalam terus menjalankan tugas yang penuh dugaan dan cabaran terutama dalam situasi pandemik COVID-19 kini.
“Bersabar dan bertabahlah, moga Allah SWT memberkati usaha murni kita selama ini”,” ujarnya lagi.