25 JAN: Ubat antiradang, colchicine yang lazimnya digunakan untuk merawat gout dikatakan boleh mengurangkan kesan kesihatan akibat COVID-19.
Memetik laporan AFP, perkembangan terbaharu itu dikesan melalui ujian klinikal di Kanada.
Pengarah Institut Jantung Montreal (ICM), Jean-Claude Tardif berkata, dapatan ujian klinikal tersebut memberi harapan kepada pesakit.
Beliau yang mengetuai kajian yang dinamakan sebagai Colcorona memberitahu, keputusan awal ujian klinikal diperoleh petang Jumaat lalu.
“Keputusan penuh kajian ini akan diumumkan kepada orang ramai secepat mungkin,” katanya.