nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Majikan sektor agrikomoditi mesti patuh SOP

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) mengambil perhatian serius terhadap peningkatan kes baharu jangkitan COVID-19 pada masa ini terutamanya yang berpunca dari kluster di tempat kerja. Berikutan itu, para pemain industri agrikomoditi diingatkan supaya memastikan pelaksanaan semua prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh KPPK dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan lebih tegas bagi membendung penularan wabak itu di ladang dan kilang.

KPPK turut mengambil maklum laporan media semalam berkaitan keputusan Kerajaan Negeri Sabah tidak akan menutup ladang-ladang sawit di negeri itu berikutan penularan wabak COVID-19, sebaliknya mengarahkan syarikat perladangan melakukan ujian saringan ke atas semua pekerja dalam tempoh 30 hari. Prosedur itu membabitkan seramai 153,250 pekerja dari 1,160 estet dan dan 33,034 ladang pekebun kecil bermula semalam. Kementerian mengalualukan langkah kerajaan negeri ini.

Sehubungan itu, majikan perlu memastikan pekerja sentiasa mengikut SOP yang telah ditetapkan. Antaranya seperti mengehadkan bilangan pekerja ke ladang dan kilang serta memastikan mereka tidak berkumpul di ruang sempit selain mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter dipatuhi pada setiap masa. Bukan sekadar itu, majikan juga perlu mengingatkan pekerja masing-masing supaya sentiasa mematuhi semua SOP dan peraturan yang ditetapkan setelah pulang bekerja bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan masyarakat pula.

mohd khairuddin aman razali
MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI

Selain itu, para majikan diingatkan supaya mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019 (Akta 446). Pematuhan kepada Akta 446 adalah selaras dengan Inisiatif Keempat Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 18 Januari 2021 iaitu Memperkukuh Saringan Kesihatan Pekerja. Pematuhan terhadap Akta 446 adalah amat penting bagi memastikan pekerja mempunyai tempat kediaman yang bersih dan kondusif serta mengelakkan kesesakan bagi mencegah penularan jangkitan COVID-19.

Bagi memastikan semua SOP dipatuhi sepenuhnya, majikan sektor agrikomoditi perlulah merujuk kepada SOP Sektor Agrikomoditi yang telah disediakan dan dikemas kini oleh KPPK dari semasa ke semasa. SOP Sektor Agrikomoditi yang telah dikemas kini dan diwartakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan pada 15 Januari 2021 boleh dirujuk di laman web KPPK melalui pautan
https://www.mpic.gov.my/mpi/pkp/pkp-2-0. Sebarang pertanyaan berhubung SOP tersebut boleh dikemukakan kepada KPPK melalui talian hotline 03-88803498 pada hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8 pagi hingga 5 petang atau e-mel hotlinempic@mpic.gov.my.

KPPK berharap pematuhan SOP yang lebih ketat dan tegas oleh majikan akan dapat menurunkan bilangan kes COVID-19 sekali gus mampu meredakan kebimbangan rakyat dan memulihkan ekonomi negara dengan segera.

DATUK DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Get real time updates directly on you device, subscribe now.