nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Warga Pakistan dalang pemalsuan saringan COVID-19

27 JAN: Sindiket yang dianggotai warganegara Pakistan yang dipercayai menjadi pembekal dokumen keputusan ujian saringan COVID-19 palsu kepada pekerja asing terutama warga Pakistan terbongkar apabila polis menahan dua suspek di KLIA ketika ingin pulang ke negara asal mereka Pakistan.

Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Asisten Komisioner Imran Abd Rahman berkata, kedua-dua lelaki yang berusia 28 dan 37 tahun itu ditahan selepas dikesan mengemukakan dokumen palsu keputusan ujian saringan COVID-19 di kaunter daftar masuk KLIA untuk berlepas pulang menggunakan penerbangan Emirates, pada 20 Januari lalu.

Jelas Imran, sindiket berkenaan juga dikatakan menyalahgunakan pelbagai nama hospital swasta dan makmal dengan mengenakan bayaran RM300 kepada pelanggan.

“Hasil soal siasat terhadap kedua-dua lelaki terbabit, polis kemudiannya berjaya menahan seorang lagi suspek dipercayai ejen sindiket berkenaan di di Telok Gong, Klang, pada 22 Januari lalu.

“Berikutan itu, polis kemudiannya menahan seorang lagi ejen sindiket yang juga warga Pakistan, berusia 42 tahun, di kediamannya di Taman Tampoi Indah, Johor Bahru.

“Hasil soal siasat terhadap dua ejen yang ditahan, polis kemudian menahan seorang warga Pakistan berusia 27 tahun yang dipercayai menjadi ‘mastermind’ kepada sindiket pemalsuan dokumen keputusan ujian COVID-19, dikenali sebagai Gang Habib, di Sri Petaling, pada 25 Januari lalu,”katanya.

Polis katanya turut merampas pelbagai peralatan termasuk telefon bimbit, komputer riba, komputer, mesin pencetak, barang kemas, wang tunai berjumlah RM13,000 dan 12 keping dokumen palsu keputusan ujian saringan COVID-19.

Imran berkata hasil siasatan juga mendapati sindiket berkenaan mula bergiat aktif sejak Ogos tahun lalu dengan menggunakan orang tengah atau ejen bagi mendapatkan pelanggan dalam kalangan warga Pakistan.

“Polis memandang serius isu pemalsuan dokumen keputusan ujian saringan COVID-19 kerana ia membahayakan kesihatan orang ramai dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menyalahi undang-undang.

“Semua suspek ditahan di IPD KLIA untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.