28 JAN: Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah, hari ini, tampil memberikan penjelasan penularan video menunjukkan anggotanya membantu memikul pedati sempena sambutan Thaipusam 2021.
Mohamad Zainal berkata, hasil semakan mendapati klip video itu dirakam pada kira-kira jam 3 pagi, 27 Januari lalu ketika anggota polis membantu mempercepatkan pergerakan arca berkenaan selepas diminta pihak penganjur.
“Kesemua anggota polis yang terlibat mengangkat arca tersebut berbangsa India dan bukan Melayu seperti yang ditularkan di media sosial.
“Ini kerana hanya 10 orang sahaja dibenarkan terlibat dalam pergerakan arca tersebut bagi mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan,” ujarnya dalam menerusi satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Mohamad Zainal berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau pertanyaan diminta menyalurkannya dengan menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03 26002222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03 21559999 atau mana-mana balai polis berhampiran.