nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Semua pihak perlu ganding bahu jayakan proses PdPR

27 JAN : Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) berharap semua pihak dapat berganding bahu bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dapat dilaksanakan sebaik mungkin dan diikuti sepenuhnya oleh pelajar sepanjang tempoh PKP supaya proses pendidikan yang berterusan tidak terganggu.

Presidennya, Mohd Anas Md Noor berkata, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 13 Januari lalu, PdPR adalah antara isu yang mencetuskan gelombang perbincangan hangat di seluruh negara.

“Pembelajaran dan pengajaran secara langsung menerusi pelbagai aplikasi dalam talian atau menerusi sistem penggunaan modul dilihat sebagai keperluan supaya proses pendidikan terus berjalan walaupun dunia masih bergelut dengan pandemik COVID-19.

“Kita sambut baik kenyataan Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Radzi Jidin PdPR boleh dilaksanakan tanpa dihadkan dengan kaedah tertentu.

“Justeru, kami menyokong penuh kepelbagaian kaedah yang diguna pakai untuk proses PdPR selagi ia memenuhi aspirasi pendidikan untuk semua,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, pihaknya menyokong kenyataan itu demi menjaga kredibiliti profesion keguruan, di samping memenuhi keperluan pelajar untuk mendapat ilmu secara formal.

“GPMS menghargai segala usaha guru untuk meneruskan proses pengajaran walaupun terpaksa melakukannya di luar norma biasa.

“Kita turut merakamkan penghargaan atas toleransi dan kerjasama ibu bapa kepada guru dan anak masing-masing,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.