28 JAN : Seorang wanita warga emas berusia 63 tahun yang dilaporkan media cuba menyogok pihak polis dengan wang tunai sebanyak RM28, 150 telah direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubug kes tersebut.
Majistret Jamaliah Abd Manap mengeluarkan perintah reman itu selepas membenarkan permohonan Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), G Jayarah, di Mahkamah Majistret di sini.
Wanita itu yang diwakili peguam, Zainal Akram Zainal Azahar, direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.
Media sebelum ini melaporkan polis menahan seorang wanita warga emas didakwa menawarkan wang tunai berjumlah RM28,150 sebagai sogokan bagi melepaskan enam individu yang ditangkap kerana disyaki terbabit sindiket pengedaran rokok dan arak seludup di negeri ini.