29 JAN: Gegaran mungkin berlaku di Tawau ekoran gempa bumi lemah yang berlaku di Laut Sulawesi pada jam 1.42 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataaan melalui Facebook berkata, gempa bumi berskala 3.5 Richter itu dikesan di koordinat 2.7° Utara dan 118.8° Timur.
Berita Yang Berkaitan
Jaraknya 197 kilometer (km) di selatan Semporna dengan kedalaman 141 km.
“Jabatan Meteorologi akan terus memantau keadaan ini,” katanya.