China tidak lagi iktiraf pasport British National Overseas
30 JAN : Pasport British National Overseas (BNO) tidak lagi diiktiraf oleh China sebagai dokumen perjalanan dan identiti yang sah dan negara itu berhak untuk mengambil tindakan terhadap sebarang pelanggaran berkaitan perkara itu.
Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian mengumkan perkara tersebut pada sidang media di Beijing semalam.
Sebelum ini, kerajaan Britain mengumumkan, pasport BNO dan dasar visa berkaitan yang disusun semula akan dikuatkuasakan bermula 31 Januari.
Zhao berkata tindakan tersebut dianggap pencabulan terhadap kedaulatan dan mencampuri urusan dalaman Hong Kong dan China serta membelakangi undang-undang antarabangsa dan norma asas hubungan antarabangsa.
Zhao menambah, Britain enggan menerima hakikat bahawa Hong Kong telah dikembalikan kepada China sejak 24 tahun dahulu.
Tindakan Britain yang menjadikan ramai penduduk Hong Kong sebagai “warganegara kelas kedua” Britain sebenarnya telah mencetuskan masalah antara China dengan Britain.