31 JAN: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendoakan semoga Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terus beroleh keberkatan, kemakmuran dan kesihatan yang berkekalan sebagai Payung Negara.
Beliau berkata demikian dalam hantaran Facebook petang ini.
“Ampun Tuanku. Hari ini 31 Januari 2021M bersamaan 18 Jamadil Akhir 1442H genap 2 tahun KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
“Patik mewakili seluruh rakyat Malaysia berdoa semoga KDYMM SPB Tuanku terus beroleh keberkatan, kemakmuran dan kesihatan yang berkekalan sebagai Payung Negara,” katanya.