nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia destinasi pelaburan berdaya saing bawah PN

1 FEB: Pemuda Perikatan Nasional (PN) optimis dengan daya saing negara sebagai destinasi pelaburan apabila Malaysia berjaya mencatatkan lebihan dagangan yang terbesar bernilai RM184.8 bilion pada tahun 2020.

Ketuanya, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, prestasi itu menunjukkan bahawa negara telah mencatatkan peningkatan lebihan dagangan sebanyak 26.9 peratus berbanding jumlah pada tahun 2019 dan ianya merupakan jumlah lebihan dagangan terbesar sejak tahun 1998.

Menurut beliau, pihaknya mengikuti perkembangan itu dengan teliti di mana setiap langkah dan usaha pemulihan ekonomi yang diambil oleh kerajaan untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN

“Pemuda PN juga ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan yang telah berjaya menggembleng nilai pelaburan asing sebanyak RM109.8 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama 2020.

“Meskipun kesan pandemik COVID-19 telah mengakibatkan pelaburan asing menjunam di peringkat global dan rantau ASEAN, namun Malaysia kini akan menuntaskan perbincangan untuk meluluskan 240 projek pelaburan asing berprofil tinggi yang pastinya akan mencipta nilai serta membuka peluang pekerjaan berteknologi dan inovasi untuk pekerja mahir.

“Selain itu, aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kesihatan serantau juga akan memberi nilai tambah kepada aktiviti ekonomi negara, ” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Khairil Nizam memberitahu, Pemuda PN yakin penubuhan Project Acceleration and Coordination Unit (PACU) dan i-lncentive yang akan dimulakan bakal menarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi bagi mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi dan mempromosi pemindahan teknologi.

Pada masa yang sama, tambah beliau, pihaknya turut menyambut baik pemeteraian Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yakni perjanjian perdagangan bebas (FTA) terbesar pada November tahun lalu.

“Ini bermakna, Malaysia kini berada dalam pasaran bebas yang lebih luas bersama-sama 15 negara anggota merangkumi 2.2 bilion atau hampir sepertiga (29.7 peratus) penduduk dunia dan menyumbang sebanyakAS$24.8 bilion (RM102.187 bilion) atau 28.9 peratus KDNK dunia.

“Pengumuman Malaysian Investment Development Authority (MIDA) pada 29 Januari 2021 telah memperlihatkan dampak positif daripada langkah-langkah yang dilaksanakan kerajaan sebelum ini.

“Melihat kepada perkembangan ini, Pemuda Perikatan Nasional percaya usaha-usaha pemulihan ekonomi negara akan berhasil secara komprehensif sekali gus menjana ekonomi negara yang mampan demi menjamin kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.