nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia pandang serius situasi di Myanmar

1 FEB: Kerajaan Malaysia memandang serius situasi di Myanmar dan berpendirian bahawa proses peralihan kerajaan sepatutnya berlangsung secara demokrasi.

Kementerian Luar (Wisma Putra) menerusi kenyataan media berkata, Malaysia menyeru agar tentera Myanmar mengutamakan keamanan dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

“Malaysia memandang serius akan perkembangan terkini di Myanmar hari ini. Malaysia menyeru tentera Myanmar dan semua pihak yang relevan untuk memberikan keutamaan menjaga keamanan di Myanmar, menegakkan kedaulatan undang-undang dan menyelesaikan segala ketidaktentuan pilihan raya melalui mekanisme undang-undang yang ditetapkan dengan cara yang baik.

“Sebagai negara jiran terdekat dan anggota ASEAN, Malaysia terus menyokong keamanan dan kestabilan, yang penting adalah kemajuan dan kemakmuran semua rantau, termasuk di Myanmar. Malaysia menegaskan sokongan kukuh terhadap peralihan Myanmar secara demokrasi, proses perdamaian dan pembangunan ekonomi yang inklusif,” katanya. 

Penahanan Kaunselor Negara Myanmar, Suu Kyi hari ini dibuat seminggu selepas pemimpin kanan tentera, Jeneral Min Aung Hlaing, mengumumkan tidak menolak kemungkinan rampasan kuasa akan berlaku bagi memansuhkan Perlembagaan negara itu, sekali gus menangani krisis politik itu.

Sejak beberapa minggu lalu, tentera Myanmar menuduh berlaku penipuan dalam pilihan raya umum November lalu, yang menyaksikan parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), pimpinan Suu Kyi menang besar.

Tentera Myanmar telah menguasai negara ini selepas menahan pemimpin de-facto, Aung San Suu Kyi dan beberapa ahli politik lain pada awal pagi tadi.

Televisyen tentera menyatakan bahawa darurat telah diisytiharkan selama satu tahun dan kuasa dipindahkan.

Dalam pada itu, Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di Myanmar terus bertenang, sentiasa berwaspada dan mematuhi  arahan pihak berkuasa tempatan.

Menerusi kenyataan itu lagi, Wisma Putra menyarankan agar rakyat Malaysia menghubungi kedutaan Malaysia di Yangon untuk urusan berkaitan konsulat dan hal kecemasan.

“Berkaitan dengan situasi saat ini di Myanmar, semua warga Malaysia di Myanmar disarankan untuk tetap tenang, waspada dan terus mematuhi nasihat keselamatan pihak berwajib di kawasan setempat. 

“Untuk urusan konsular dan kecemasan, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Yangon di talian berikut +959772220230 dan email : embygn2021@gmail.com,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.