1 FEB: Selepas menahan Kaunselor Negara, Aung San Suu Kyi dan Presiden U Win Myin pagi tadi, tentera Myanmar mengisytiharkan darurat selama setahun di negara itu.
Memetik laporan AFP, Panglima Angkatan Tentera Myanmar, Jeneral Ming Min Aung Hlaing dilantik sebagai pemangku Presiden.
Pengisytiharan darurat itu diumumkan melalui siaran televisyen milik tentera, TV Myawaddy.
Tentera Myanmar memberitahu, tindakan itu dilaksanakan bagi menjaga kestabilan negara serta menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya Kesatuan (UEC) gagal menangani penyelewengan yang dikakatan berlaku dalam pilihan raya 8 November lalu.
Dengan penguatkuasaan darurat, kuasa perundangan, pentadbiran dan kehakiman diserahkan kepada Aung Hlaing.