nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Apa motif Tommy dedah kelemahan Mahathir?

4 FEB: Pergerakan Pemuda UMNO mempersoalkan kredibiliti dan ketelusan Tan Sri Tommy Thomas sebagai bekas Peguam Negara setelah beliau membuat pelbagai pendedahan mengejutkan menerusi bukunya.

EXCO Pemuda UMNO, Aizat Azam berkata tindakan Tommy, melalui penerbitan bukunya bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’ yang telah membuat beberapa dakwaan yang dianggap tidak selaras dengan kewajipan kerahsiaan/keyakinannya sebagai seorang yang pernah memegang jawatan sebagai Peguam Negara.

Beliau berkata, secara asasnya, Tommy mempunyai kewajipan berperlembagaan untuk menasihati Yang Dipertuan Agong dan Kabinet dalam urusan-urusan/isu-isu perundangan yang melibatkan urusan pemerintahan negara kita yang mana dengan jelasnya diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

AIZAT AZAM
AIZAT AZAM

“Kewajipan ini semestinya termasuk kewajipan kerahsiaan pada semua masa bukan sahaja apabila beliau memegang jawatan sebagai Peguam Negara tetapi juga termasuk selepas beliau meletakkan jawatan. Tommy harus sedar bahawa secara konvensyennya juga, sebarang urusan pentadbiran tidak akan didedahkan kepada orang ramai selepas peletakan jawatan melainkan sekiranya ia adalah berkenaan dengan tindakan-tindakan yang menyalahi undang-undang.

“Namun begitu, Tommy dalam buku tersebut telahpun membuat dakwaan-dakwaan tentang urusan pemerintahan yang kononnya berlaku semasa beliau menjalankan tugasnya sebagai Peguam Negara.

“Urusan pemerintahan ini adalah urusan yang sepatutnya menjadi rahsia rasmi yang tidak seharusnya didedahkan kepada orang awam (walaupun ianya benar sekalipun, yang mana adalah dinafikan),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Aizat yang juga seorang peguam berkata persoalan yang timbul di sini adalah apakah motif beliau dalam membuat dakwaan-dakwaan sedemikian hanya selepas beliau meletakkan jawatan.

“Sekiranya dakwaan-dakwaan tersebut (berkenaan urusan pemerintahan) adalah benar, yang mana adalah dinafikan, dan beliau amat tidak berpuas hati dengan urusan pemerintahan yang didakwa tersebut, beliau sepatutnya meletakkan jawatan beliau dengan segera (‘immediately’) dan bukannya meletakkan jawatan hanya apabila mengetahui bahawa kerajaan Pakatan Harapan(PH telah jatuh,” katanya.

Beliau berkata, Tommy juga perlu ingat bahawa beliau mesti melaksanakan tugasnya sebagai Peguam Negara tanpa apa-apa unsur campur tangan badan Eksekutif.

Aizat menambah, beliau tidak tertakluk kepada nasihat atau keputusan mana-mana pihak termasuk Perdana Menteri dalam melaksanakan tugasnya sebagai Peguam Negara.

“Namun, Tommy telah gagal memastikan campur tangan badan eksekutif dalam perlaksanaan tanggungjawabnya sepertimana yang boleh dilihat dalam dakwaan beliau (di dalam buku tersebut) berkenaan isu Zakir Naik. Di dalam buku tersebut, Tommy telah mendakwa bahawa terdapat campur tangan Tun Dr Mahathir dalam isu Zakir Naik di mana nasihat Tommy kepada Tun berkenaan dengan prosiding ekstradisi dan pengusiran Zakir Naik tidak diterima dan telah ditolak oleh Tun pada masa itu.

“Pertama, Tommy tidak perlu mendapatkan nasihat atau kebenaran Tun sekiranya Tommy benar-benar ingin meneruskan dengan proses pengusiran Zakir Naik daripada negara kita dan beliau boleh terus menjalankan proses tersebut. Namun, ini tidak dilakukan.

“Kedua, sekiranya Tommy berpandangan bahawa Zakir Naik mesti dan wajar diusir keluar daripada negara kita dan nasihat beliau kepada Tun Dr. Mahathir bagi tujuan tersebut mesti dan wajar diterima oleh Tun, Tommy sepatutnya memegang kepada prinsipnya dan meletakkan jawatannya sejurus Tun menolak nasihatnya,” katanya.

Bagaimanapun, Aizat berkata perkara berkenaan tidak dilakukan Tommy walaupun beliau mendakwa bahawa terdapat campur tangan daripada Dr Mahathir seperti yang dinyatakan, yang mana juga menimbulkan banyak persoalan berkenaan kebenaran, ketelusan serta kesahihan dakwaannya.

“Saya perlu juga menyatakan di sini bahawa dakwaan beliau berkenaan, antara lainnya, kecekapan pegawai undang-undang di Jabatan Peguam Negara juga adalah amat serius dan beliau perlu memohon maaf bagi membuat dakwaan yang tidak berasas tersebut.

“Tommy tidak seharusnya lupa bahawa beliau, sebagai Peguam Negara, mesti berpegang kepada prinsip bertanggungjawab bersama kepada Jabatan Peguam Negara dan bukannya bertindak dengan membuat dakwaan sebegitu.

“Sebagai ketua, beliau seharusnya memimpin dan mendidik pegawai-pegawai di bawahnya dan bukannya bertindak dengan cara menghina mereka sebegini,” katanya

Beliau menegaskan tndakan Tommy dalam membuat dakwaan sebegitu merupakan satu penghinaan kepada dirinya sendiri sebagai ketua yang memimpin pegawai undang-undang di bawah pentadbiran beliau pada masa tersebut.

“Saya menggesa supaya Tommy Thomas memberikan penjelasan terhadap persoalan yang telah saya bangkitkan dan beliau seharusnya memohon maaf bagi segala dakwaan yang dibuat yang mana telahpun menyebabkan kredibiliti pentadbiran Negara kita dipandang rendah atau hina oleh masyarakat Malaysia dan juga komuniti antarabangsa.

“Akhir sekali, Tommy sebagai bekas Peguam Negara sepatutnya perlu menulis dengan lebih ilmiah dan bukan bertaraf komik atau satira politik semata-mata, yang mungkin dengan tujuan untuk mencari publisiti murahan bagi menutup segala kelemahan semasa menjadi Peguam Negara,” katanya.– Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.