nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Buku Tommy langgar Akta Rahsia Rasmi kerajaan

4 FEB : Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, buku hasil tulisan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas itu dengan jelas melanggar sumpah kerahsiaan pegawai kerajaan yang mesti dijaga pada setiap masa walaupun sudah tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan.

Menurut Zahid, kerahsiaan itu tidak sepatutnya dijadikan pelaris jualan buku memandangkan segala maklumat yang diperolehi pegawai kerajaan diklasifikasikan sebagai sulit yang tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi kerajaan.

“Tindakan dan perlakuan bekas Peguam Negara ini dengan menulis di dalam buku tentang rahsia kerajaan jelas bertentangan dan melanggar sumpah jawatan untuk menjaga dan menyimpan kerahsiaan tersebut pada setiap masa, walaupun jawatan tersebut tidak lagi disandangnya.

“Sesuatu maklumat yang diperolehi oleh mana-mana pegawai adalah diklasifikasikan sebagai “Rahsia Besar”, “Rahsia” atau “Sulit” tertakluk pada Akta Rahsia Rasmi dan tidak sepatutnya dikongsi kepada umum, apatah lagi dijadikan “pelaris” kepada buku yang mengetengahkan pandangannya dan bukan fakta sebenarnya,” tegas Zahid menerusi satu kenyataan media hari ini.

Selain itu, Ahmad Zahid turut membidas pandangan dan kenyataan Tommy Thomas berkenaan peristiwa 13 Mei di dalam memoir tersebut dan menyifatkan kenyataan itu tidak bertanggungjawab dalam mengambil kira sensitiviti rakyat di negara ini.

“Kenyataan tersebut juga tidak seharusnya diambil kira sebagai fakta sejarah atas sebab tohmahan yang mengaitkan Tun Abdul Razak dengan peristiwa 13 Mei tersebut ternyata hanya pendapat peribadi beliau, dan ianya dilihat bertujuan untuk merendahkan kredibiliti Tun Abdul Razak yang juga bekas Presiden UMNO itu.

“Ia merupakan satu kenyataan tidak bertanggungjawab dan dibuat tanpa mengira sensitiviti peristiwa tersebut di kalangan masyarakat di negara kita,” jelasnya lagi.

Zahid menambah, Tommy Thomas dilihat bukan sahaja memperlekehkan Timbalan-Timbalan Pendakwaraya malah keseluruhan Jabatan Peguam Negara yang dia sendiri terajui sebagai Peguam Negara melalui buku tersebut.

“Ini boleh mengundang persepsi negatif masyarakat berkenaan keupayaan dan kebolehan pegawai-pegawai Jabatan Peguam Negara yang berkorban untuk berkhidmat kepada negara.

“Komen bahawa pegawai kerajaan hanya menantikan pangkat, gaji dihujung bulan dan faedah pencen adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab terutamanya apabila ia datang dari Ketua Jabatan di jabatan tersebut iaitu sebagai Peguam Negara,” tegasnya lagi.

Berhubung kes LTTE dan kes kematian anggota Bomba, Muhamad Adib Mohd Kassim, keputusan Tommy menurut Zahid dalam kes tersebut hanyalah berdasarkan kepada tunjuk arah bahawa LTTE sudah tidak aktif dari tahun 2009.

“Sedangkan LTTE masih merupakan sebuah organisasi pengganas dan sebarang usaha untuk mengumpul dana bagi organisasi ini adalah menyalahi Kanun Keseksaan.

“Begitu juga keputusan Tommy untuk tidak menuduh sesiapa di dalam kes Adib di mana Mahkamah Koroner menyatakan bahawa kematian Adib telah disebabkan oleh dua orang atau lebih,” katanya.

Presiden UMNO turut meluahkan rasa bimbang terhadap penghasilan buku tersebut apabila fakta yang ditulis tidak tepat dan dimanipulasi untuk menyemai rasa benci dan fitnah terutama terhadap UMNO dan Barisan Nasional, serta pemimpin politik bertujuan memesong kepercayaan rakyat terhadap organisasi kerajaan secara keseluruhannya.

“Secara tidak langsung, buku tersebut menggambarkan diri Tommy Thomas sebagai seorang individu yang tidak boleh menyimpan rahsia, sukakan pujian dan menginginkan publisiti terhadap dirinya.

“Justeru, saya menyeru agar semua rakyat tidak terpengaruh kepada penulisan bersifat pandangan oleh Tommy Thomas ini,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.