5 FEB : Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan lawatan rasmi ke Indonesia selama dua hari bagi membincangkan beberapa isu termasuk isu pandemik COVID-19 dan industri sawit yang membabitkan kepentingan kedua buah negara.
Lawatan rasmi atas undangan khas Presiden Indonesia ini disifatkan Perdana Menteri amat bermakna dalam mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia.