6 FEB: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesan sebanyak 3,847 kes baharu COVID-19 di negara ini menjadikan jumlah kumulatif kes jangkitan virus tersebut sebanyak 186,970 kes setakat ini, manakala jumlah kes kebolehjangkitan pula ialah sebanyak 50,894 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah tersebut, sebanyak 3,843 kes adalah jangkitan dalam negeri manakala empat kes merupakan kes import.
“Daripada jumlah keseluruhan kes hari ini, 2,596 kes adalah melibatkan warganegara manakala 1,247 kes pula melibatkan bukan warganegara.
“Selangor terus melaporkan kes tertinggi iaitu sebanyak 1,481 kes dan diikuti Johor (585) Kuala Lumpur (402) dan Sabah (233).
“Jumlah kes sembuh hari ini pula adalah sebanyak 1,692 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh adalah sebanyak 186, 970 kes,” ujarnya menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasmi beliau.
Kata Noor Hisham lagi, setakat ini sebanyak 305 kes terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 139 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Dukacita dimaklumkan terdapat 12 lagi kes kematian menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat COVID-19 di negara ini sebanyak 857 kes,” ujarnya.