6 FEB : Pakar perubatan China menggesa Pertubuhan Kesihatan Sedunia turut mengesan punca COVID-19 di negara-negara lain dan tidak hanya tertumpu ke negara tersebut sahaja.
Selain menjadikan Wuhan persinggahan pertama untuk memulakan misi menyiasat asal usul wabak itu, siasatan dan penyelidikan rapi juga perlu dilakukan di lokasi lain.
Jurucakap Kementerian Luar, Wang Wenbin sikap proaktif, saintifik dan kerjasama perlu ada pada setiap negara bagi membolehkan pakar WHO menjalankan siasatan.
Mengenai asal usul virus, Wang menyifatkannya sebagai satu persoalan saintifik yang rumit membabitkan banyak negara dan lokasi.
“Beijing sentiasa bersikap terbuka dan telus dalam mengendalikan perkara tersebut, di samping mengekalkan komunikasi dengan WHO. Kehadiran pakar WHO di Wuhan kali ini merupakan antara komponen kaji selidik peringkat global mengenai siasatan asal usul virus COVID-19.
“Kemunculan kes jangkitan dan penularan wabak di beberapa tempat di dunia sejak pertengahan kedua tahun 2019, mencuri perhatian media antarabangsa. Ini memperlihatkan betapa mustahaknya kajian perlu dilakukan di tempat lain,” tegasnya dalam sidang satu media di Beijing pada Jumaat.
Beliau mencadangkan negara lain turut mempelawa pakar WHO untuk menjalankan siasatan, demi menyumbang kepada usaha sama memerangi wabak di peringkat global serta visi membentuk komuniti berkongsi nasib dalam kesihatan.