7 FEB: Gempa bumi kuat dikesan di Mindanao, Filipina pada jam 12.22 tengah hari tadi.
Jabatan Meteorologi berkata, gempa bumi dengan magnitud 6.1 skala Richter itu berlaku pada jarak 16 kilometer (km) dari arah barat Digos City.
Berita Yang Berkaitan
Lokasi gempa bumi terletak di koordinat 6.8° Utara dan 125.3° Timur dengan kedalaman 24 km.
“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya jabatan itu dalam hantaran Facebook, hari ini.