8 FEB: Gara-gara bersuara lantang mengkritik kerajaan, seorang penyampai radio internet ditahan oleh pihak berkuasa Hong Kong, semalam.
Memetik laporan AFP, Wang Yiu-sing, 52, ditahan Jabatan Keselamatan Polis Nasional Hong Kong kerana didakwa berniat menghasut.
Dia ditahan di bawah undang-undang hasutan Hong Kong yang diwarisi sejak zaman penjajahan British.
Namun, polis tidak menyatakan butiran lanjut tentang tindakan atau ucapan menghasut yang dilakukan oleh Yiu-sing yang popular dengan gelaran ‘Giggs’.
Yiu-sing dikatakan mengacarakan program yang membincangkan tentang demonstrasi antikerajaan China.
Dia juga pernah meminta sumbangan orang ramai bagi membantu golongan muda Hong Kong untuk lari ke Taiwan.
Sebelum ini, Yiu-sing pernah ditahan bersama isteri dan pembantunya pada November lalu atas tuduhan yang sama.