8 FEB: Gempa bumi sederhana telah dikesan di rantau kepulauan Filipina pada jam 8 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi berkata, kejadian berlaku kira-kira 189 kilometer (km) dari Pulau Talaud, Indonesia di koordinat 5.7° Utara dan 127.3° Timur.
Berita Yang Berkaitan
Gempa bumi dengan kekuatan 5.6 skala Richter itu mempunyai kedalaman 10 km.
“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” kata jabatan itu dalam hantaran Facebook, hari ini.